14 February 2017

SHAHEIZY SAM & SYATILLA MELVIN BAKAL TIMANG ANAK LELAKI



Pelakon Syatilla Melvin yang bakal melahirkan cahaya mata sulung hasil perkahwinan dengan Shaheizy Sam bulan Mei depan memberitahu bahawa doktor menjangkakan jantina anaknya itu adalah lelaki.

Syatilla yang kini sedang hamil enam bulan itu turut berkata, bayinya berada dalam keadaan sihat.

"Bayi di dalam kandungan saya ini merupakan antara hadiah paling istimewa buat saya dan suami. Zuriat inilah tanda cinta kami dan pengikat kasih sayang antara saya dan Sam.

Klik untuk gambar besar




"Saya dan Sam selalu berdoa, supaya sentiasa sihat dan kuat untuk menanti kehadiran orang baharu ini. Alhamdulillah, dia (bayi) sangat baik dan faham ibu serta bapanya sibuk dan dia sentiasa menemani saya," kata Syatilla.

Dalam pada itu, Sam juga turut melahirkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang isteri yang sangat memahami dan bijak menguruskan rumah tangga.



"Syatilla seorang yang sangat penyayang dan tidak kekok menguruskan rumah tangga. Dia tahu apa yang perlu dilakukan.

"Pada masa yang sama juga dia tidak lupa dirinya sebagai isteri dan saya rasa sangat bertuah kerana dianugerahkan seorang isteri yang pandai uruskan rumah tangga," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Sam dan Syatilla baru saja selesai menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yang pertama serta majlis hari lahir Syatilla baru-baru ini dan majlis tersebut diadakan secara sederhana.
















Sumber: Astro Gempak & Berita Harian
Foto: Syatilla Melvin & @samsyatilla



         ________________________





No comments: