14 February 2017

ELIZAD NAFI RUMAH TANGGA BERMASALAH, MINTA HENTIKAN



"Sebenarnya, sudah setahun pihak terbabit menyebarkan cerita buruk dan tidak betul mengenai saya. Saya hanya bersabar dan berdoa semoga dia akan segera berubah.

"Namun, nampaknya dia masih lagi menyebarkan cerita buruk yang sama. Saya berharap semoga dia muhasabah diri dan meneruskan kehidupannya. Saya juga tidak pernah berhenti berdoa semoga dia dilimpahkan rezeki oleh Allah," kata pelakon Siti Elizad Sharifudin, 31.

Elizad berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan pihak terbabit di laman sosial mengenai rumah tangganya yang dikatakan bermasalah.

Klik untuk gambar besar




Baru-baru ini ada pihak yang pernah bekerja dengan Elizad cuba untuk memburuk-burukkan nama dan rumah tangga beliau. Dek kerana itu, Elizad meminta pihak tersebut supaya berhenti menyebarkan cerita tidak betul itu.

Dalam masa sama, Elizad yang mengetaui siapa dalang yang cuba mencemarkan nama baiknya itu memberitahu rumah tangganya bersama suami, Shamsul Baharin Rahman, 43, tidak mempunyai sebarang masalah dan mereka cukup bahagia bersama hingga hari ini.

"Alhamdulillah, rumah tangga saya bahagia. Saya sendiri tidak tahu dari mana dia mendapat cerita rumah tangga kami bermasalah?



"Saya bertuah kerana bertemu jodoh dengan seorang lelaki yang baik dan bertanggungjawab. Mereka yang rapat dengan saya juga tahu suami saya seorang yang pendiam dan tidak banyak cakap. Jadi, kepada pihak yang dimaksudkan semoga berhentilah menyebarkan fitnah mengenai rumah tangga saya," ujarnya.

Kita tidak tahu hati seorang manusia itu bagaimana. Kadang-kadang kalau tidak buat apa pun masih juga ada pihak yang akan merasa tidak puas hati dengan kita. Bersabarlah Elizad, mungkin ini salah satu cara untuk Allah SWT menguji anda.








Sumber: Harian Metro
Foto: Astro Gempak



         ________________________





No comments: