17 February 2017

DANGDUT TERAKHIR SHEEDA, 'ANGKAT TANGAN' SEBELUM BERHIJAB



"Jika dulu saya memulakan dengan lagu 'Angkat Kaki, sekarang biarlah saya menutupnya dengan lagu 'Angkat Tangan' yang memberi maksud selepas ini saya mahu berundur daripada irama dangdut ini.

"Jadi lagu ini saya jadikan sebagai hadiah ikhlas saya buat peminat saya selama ini menyokong kerjaya seni menerusi lagu-lagu dangdut.

"Selepas ini kalau saya masih menyanyi lagi, kemungkinan besar saya akan lebih cenderung kepada lagu-lagu nasyid dan berunsurkan ketuhanan," kata penyanyi dangdut, Sheeda yang menganggap lagu tersebut sebagai penutup untuk irama dangdut yang diperjuangkan selama ini.

Klik untuk gambar besar




Lagu 'Angkat Tangan' ini dimuatkan dalam album terbaru Sheeda yang kini dalam proses terakhir pembikinan dan bakal menemui peminat dalam masa yang terdekat ini.

"Sebelum saya berhijab sepenuhnya, saya mahu menyelesaikan terlebih dahulu pembikinan album ini dan memasarkannya sebaik mungkin sebelum beralih kepada perancangan seterusnya selepas tampil dengan imej baru kelak," ujarnya.

Ditanya apakah yang membuatkan dia mengambil keputusan untuk meninggalkan dunia dangdut, kata Sheeda, sudah tiba masanya untuk membuka lembaran baru dalam hidupnya.

"Takkan selamanya saya mahu berdangdut dan tergedik di pentas macam dulu-dulu sedangkan saya pun bukannya muda lagi. Memang sudah lama saya fikirkan tentang ini, cuma baru sekarang keputusan itu dipermudahkan," tuturnya ketika ditemui media pada Majlis Pelancaran KL Karnival.




Sumber: Media Hiburan
Foto: Sheeda IG


         ________________________





No comments: