24 February 2017

HAMIL 5 BULAN BERLAKON AKSI GANAS - SUAMI RISAU KEADAAN NADYA SYAHERA



Pelakon Nadia Syahera, 22, memberitahu bahawa orang sekeliling risau termasuklah suaminya sendiri, Fizul Nawi apabila melihat dirinya yang ketika itu sedang hamil lima bulan berlakon aksi lasak dalam teater 'Dia Semanis Honey Muzikal' Januari lalu.

"Dari segi kesihatan ramai yang risaukan keadaan, semput pada waktu itu tidak ada tetapi lebih kepada penat, almaklumlah bagi ibu yang sedang hamil memang penat. Dari segi kekuatan pula, ada teknik pernafasan yang betul supaya saya tidak termengah-mengah.

Klik untuk gambar besar




"Sebenarnya pihak produksi tak bagi saya buat namun saya kata mampu dan boleh melakukannya. Alhamdulillah diberi peluang untuk lima hari lagi, kesihatan juga tidak terjejas. Sakit-sakit pinggang tu 'standard' lah ibu mengandung.

"Respon suami pula dia tidak kisah namun tak nafikan bila dia dah tengok dengan mata sendiri, dia risau-risau sebab ganas sangat.

"Ketika melakonkan watak saya di atas pentas teater tu ada babak saya koyak-koyakkan baju dan terjatuh, kalau mereka yang hamil tak kuat kemungkinan boleh mengundang kemudaratan. Alhamdulillah Allah dengar doa saya sebab nak buat teater ni," ujarnya ketika ditemui media pada sidang media Anugerah MeleTop Era bertempat di Mango’s Tropical Cafe TREC.








Sumber: Media Hiburan
Foto: Nadya Syahera



         ________________________





No comments: