24 February 2017

LARA ALANA BAKAL DAPAT ADIK?



Pelakon dan pengacara Awal Ashaari menerusi laman Instagramnya telah memuatnaik gambar yang menarik perhatian serta menjadi tanda tanya dimana ia memperlihatkan 'baby bump' Scha Alyahya seolah-olah isterinya sedang hamil.

Walaupun masih tidak memberi sebarang kenyataan pasti mengenai gambar bersama isterinya ketika menghadiri sebuah acara hiburan itu, namun ramai berpendapat pasangan itu bakal menimang bayi kedua.







Meskipun masih berteka-teki,  namun akaun pelakon itu sudah mula dihujani dengan ucapan tahniah daripada peminat yang teruja.

Awal dan Scha bagaimanapun masih tidak memberikan sebarang kenyataan mengenai gosip yang tersebar.

Jika benar berita ini, pasti ramai yang tidak sabar menantikan cahaya mata kedua pasangan ini. Lepas ini bolehlah Lara bermain dan 'berposing' dengan adiknya pula.


Sumber: Awal Ashaari IG
Foto: Awal Ashaari IG& Scha Alyahya



         ________________________





No comments: