25 February 2017

HARI INI - JEP SEPAHTU & SARI YANTI DILAPOR NIKAH SECARA SENYAP



Semua sedia maklum mengenai khabar dimanakan pelawak Jep Sepahtu dan pelakon Sari Yanti bakal bernikah pada hari ini iaitu 25 Februari.

Menerusi portal Utusan Online, pasangan ini dilaporkan bakal bernikah secara rahsia yang hanya akan dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakan terdekat di sebuah dewan perkahwinan di kawasan Damansara, Petaling Jaya.

Walaubagaimanapun, tiada sebarang pengesahan baik daripada pihak Jep ataupun Sari Yanti kerana usaha pihak media untuk menghubungi mereka gagal.

Klik untuk gambar besar




Umum mengetahui, mereka berdua sememangnya kelihatan rapat bersama tetapi sering menafikan sedang bercinta dan turut menepis gosip mereka akan mengikat tali pertunangan. Malah, Jep pernah menafikan beliau dan Sari Yanti tidak pernah mempunyai perancangan untuk berkahwin.

Namun, Jep juga akui selesa berkawan dengan Sari Yanti dan tidak menolak jodoh sekiranya pelakon wanita itu ditakdirkan untuk menjadi isterinya.

Jika berita ini benar, kami harap majlis pernikahan Jep dan Sari Yanti akan berjalan lancar seperti yang dirancang dan semoga berkekalan sehingga ke jannah.




Sumber: Utusan
Foto: Sari Yanti IG



         ________________________





No comments: