25 February 2017

SCHA ALYAHYA NAFI HAMIL ADIK LARA



Kelmarin Awal Ashaari telah memuatnaik gambar yang mengundang spekulasi dimana ramai yang menyangka isterinya, Scha Alyahya itu kini sedang hamil anak kedua apabila melihat perut pelakon drama 'Urusan Hati Cik Drama Queen' ini kelihatan seperti baby bump.

Tidak mahu orang ramai salah faham, Scha telah tampil menafikan perkara berkenaan. Jelasnya mungkin jenis kain baldu yang dipakainya di dalam gambar tersebut tebal menyebabkan perutnya kelihatan sedikit besar seperti sedang hamil.

Klik untuk gambar besar




"Taklah. Secara logik pun, saya kini kerap bersenam secara intensif dengan jurulatih kecergasan. Tidak mungkin saya masih aktif bersenam sebegitu rupa kalau sedang hamil.

"Saya andaikan, orang beranggapan saya hamil kerana baju itu memang menampakkan saya sedikit besar dan kembang. Kita semua tahu, kain baldu memang tebal. Saya sepatutnya mengenakan tali pada bahagian pinggang, tetapi saya membukanya," jelas Scha.

Dalam masa sama, Scha turut bersyukur kerana ramai yang mendoakan perkara baik-baik untuknya dan keluarga.



"Ia benda yang baik. Kalau betul saya hamil, kenapa perlu dinafikan? Semua orang juga tahu, sebelum ini saya berusaha dan mencuba agak lama untuk mendapatkan Lara.

"Jadi, jelas peminat mahu saya hamil anak kedua pula. Ia juga seperti doa dan saya bersyukur kerana ada yang terus mendoakan buat saya," katanya.

Untuk rekod, Scha berkahwin dengan Awal pada 4 Mei 2012 dan mereka dikurniakan puteri sulung bernama Lara Alana pada 22 Julai 2014.


Sumber: Berita Harian
Foto: Scha Alyahya IG & Awal Ashaari IG



         ________________________





No comments: