13 February 2017

SEDANG KENALI SESEORANG - EIZLAN YUSOF BERSEDIA BERGELAR SUAMI LAGI



Pernah berdepan kegagalan rumah tangga sekitar tahun 2015 bersama bekas isteri iaitu Vie Shantie Harun, pelakon, penerbit dan usahawan, Datuk Eizlan Yusof, 46, mengakui bahawa dirinya kini lebih bersikap terbuka untuk menerima kehadiran dan mengenali seseorang secara serius.

"Pada peringkat awal perceraian, memang tidak pernah terdetik di minda saya untuk mencari pengganti. Saya selesa meneruskan kehidupan sendiri.

Klik untuk gambar besar




"Bagaimanapun setelah masa berlalu saya berasa tidak salah sekiranya ada seseorang mengisi kekosongan di hati. Setelah hampir dua tahun hidup solo, saya kini lebih bersikap terbuka untuk menerima kehadiran dan mengenali seseorang secara serius.

"Saya mengakui telah membuka pintu hati mengenali wanita lain untuk dijadikan sebagai isteri tetapi buat masa sekarang tidak ada apa yang boleh dikongsikan.



"Insya-Allah, sekiranya telah sampai masa yang sesuai saya akan kongsikan khabar gembira bersama peminat. Memang saya sedang mengenali seseorang tetapi tidak secara serius kerana kami hanya berkawan. Jika ada berita baik kelak saya akan beritahu anda semua," kata bapa kepada tiga orang cahaya mata.

Untuk rekod, Eizlan berkahwin dengan Vie Santie pada 7 Julai 2007 sebelum bercerai pada tahun 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka telah dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Vie Zaara, 8, Zareef Yusof, 6, dan Vie Zaalia, 2 tahun.


Sumber: Kosmo



         ________________________





No comments: