13 February 2017

"SAYA TAK AKAN SOROK" - ERRA FAZIRA NAFI SUDAH NIKAH DENGAN SHAHIR



Semua sedia maklum mengenai hubungan Erra Fazira dengan bekas juara Akademi Fantasia musim-8 (AF8), Shahir yang bukanlah lagi rahsia apabila kedua-dua pihak sudah membuat pengakuan bahawa mereka sememangnya berkawan rapat dan tidak pernah menyembunyikan keakraban mereka.

Namun apa yang mengejutkan ialah mereka ini dikatakan bernikah dan majlis tersebut diadakan secara tertutup tanpa diketahui umum.

Bagaimanapun, Erra telah tampil menafikan berita tersebut dan menegaskan beliau sama sekali tidak akan menyorokkan sebarang berita gembira terutama sekali soal perkahwinan.

Klik untuk gambar besar




"Sepanjang hidup saya belum pernah sekali pun menyorokkan perkara baik, apatah lagi berkaitan dengan urusan perkahwinan.

Walaupun kelak saya akan bernikah walaupun takdirnya bakal suami bukan Shahir, apa alasan saya mahu merahsiakannya? Berkahwin ini perkara baik dan bukan satu kesalahan, jadi mengapa saya mahu menyorokkannya?," jelasnya.

Kami percaya berita ini tersebar mungkin kerana ramai sekali yang ingin melihat Erra bahagia dan mengharapkan hubungan rapat Erra bersama Shahir berakhir ke jinjang pelamin. Apa-apa pun, kita tidak boleh memaksa Erra dan mendoakan yang terbaik buat mereka berdua.


Sumber: Harian Metro



         ________________________





No comments: