15 March 2017

"SAYA & SUFIAN HANYA RAKAN BIASA" - ELFIRA LOY



Pelakon Elfira Loy menafikan goip yang mengatakan dirinya itu sedang hangat bercinta dengan penyanyi Sufian Suhaimi.

Ini kerana kata Elfira, beliau dan Sufian hanya sekadar teman biasa dan hubungan mereka tidaklah serapat mana.

Sering bergambar mesra dan menerima sejambak bunga ros merah daripada Sufian, ramai yang mempercayai pelakon ini sedang hangat bercinta dengan penyanyi tersebut.

Klik untuk gambar besar




Sejak daripada itu, pelbagai spekulasi yang timbul termasuk dakwaan mengatakan Elfira adalah punca Sufian putus cinta bersama bekas kekasihnya.

"Kami berdua hanyalah rakan biasa dan mula berkenalan sekitar sebulan lalu. Hubungan kami tidaklah begitu rapat seperti yang didakwa.

"Meskipun baru berkenalan, kebetulan hari lahir saya jatuh pada 8 Mac lalu dan dia telah menghadiahkan 23 kuntum bunga ros merah.



"Saya memuatnaik pemberiannya itu menerusi sebuah video di Instagram Stories dan peminat mula menyangka kami bercinta.

"Jika diikutkan, sepanjang sambutan hari lahir, selain Sufian saya menerima begitu banyak bunga daripada ramai lelaki. Tidak mungkinlah mereka semua teman lelaki saya.

"Sufian seorang penyanyi dan mempunyai ramai peminat. Mungkin sebab itu setiap apa yang dilakukan meraih perhatian walaupun sekadar memberi bunga,' jelasnya.



Elfira juga memberitahu beliau tidak pernah tahu mengenai isu Sufian putus cinta sehingga namanya juga turut terpalit dengan isu tersebut. Walaubagaimanapun, Sufian telah memohon maaf kepadanya secara peribadi.

"Sebenarnya saya langsung tidak tahu tentang perkara itu sehinggalah ia menjadi isu besar. Imej Sufian juga tercalar kerana dituduh lelaki jahat, sedangkan hubungannya dengan bekas kekasih sudah lama putus.

"Secara tidak langsung saya juga terkena tempias dan Sufian telah memohon maaf atas perkara tersebut. Apa pun dalam perkara ini, kami bertiga sebenarnya tidak bersalah, sebaliknya menjadi mangsa keadaan," katanya.

Buat Elfira, beliau enggan terlalu memikirkan segala gosip dan menganggap tidak salah untuk beliau berkawan dengan sesiapa sahaja.


Sumber: Kosmo



         ________________________





No comments: