15 March 2017

TAYANG BELAKANG LAGI - TASHA SHILLA DIMINTA INSAF



Sebelum ini, pelakon Tasha Shila yang lama menyepi daripada dunia hiburan tanah air itu mengakui bahawa tidak mahu lagi menimbulkan sebarang kontroversi malah mahu berubah tanpa paksaan sesiapa.

Namun baru-baru ini, Tasha sekali lagi menarik perhatian ramai apabila tampil berpakaian seksi sehingga menampakkan bahagian belakang tubuhnya ketika menghadiri satu majlis baru-baru ini.

Klik untuk gambar besar




Perkara itu mendapat pelbagai reaksi dari pengguna media sosial. Ada yang memuji kecantikan busana tersebut dan ada juga yang menyindir dengan sinis apa yang digayakan oleh Tasha.

Jika dilihat kebanyakan kontroversi sebelum ini adalah melibatkan penampilan Tasha yang berani menggayakan pakaian seksi.

Apa pun, semoga Tasha mampu menempuhi segala caci maki peminat yang masih tidak dapat melupakan kontroversi sebelum ini.










Foto: Tasha Shilla IG



         ________________________





No comments: