26 March 2017

SHAH ISKANDAR: "PEGANG UNTUK KESELAMATAN & KESELESAAN UQASHA"



Tindakan Shah Iskandar memegang tangan Uqasha Senrose itu masih lagi dipersoalkan netizen sehingga ke hari ini. Hampir setiap hari, pelbagai kritikan dilemparkan kepada kedua-dua pelakon ini.

Mungkin sudah rimas dengan persepsi negatif yang diterima, Shah menganggap isu tersebut tidak harus diperbesarkan lagi.

Tegas Shah, beliau memegang tangan Uqasha semata-mata untuk memastikan keselematan serta keselesaan Uqasha yang ketika itu memakai kasut bertumit tinggi.

Klik untuk gambar besar




"Saya perlu memastikan Uqasha selesa dan tiada apa-apa yang buruk berlaku. Bukan hanya Uqasha, tetapi saya juga melakukan perkara yang sama terhadap pelakon wanita lain. Saya tidak berbuat apa-apa kesilapan, jadi ada baiknya perkara ini tidak diperbesarkan.

"Saya faham asam garam dunia hiburan apabila perkara kecil sengaja diperbesarkan untuk menarik perhatian ramai. Saya mengaku memimpin tangan Uqasha, tetapi saya tiada niat lain kecuali memastikan keselamatannya," katanya.

Tambah Shah, beliau bersyukur kerana isteri beliau memahami apa yang berlaku dan isu tidak menimbulkan sebarang masalah didalam rumah tangga mereka.



"Syukur kerana isteri memahami malah enggan memperbesarkan isu ini apabila ada pihak media menghubungi untuk mendapatkan komennya.

"Sebelum ini, saya pernah memimpin tangan pelakon wanita lain tetapi tidak pula diperbesarkan. Lagipun, ia tidak membabitkan perasaan jadi tidak perlu ia dijadikan isu," ujarnya.

Disamping itu, Uqasha memberitahu dia sudah menyampaikan pesanan meminta maaf kepada isteri Shah itu selepas gambar berpegangan tangan dengan pelakon kelahiran Singapura itu dalam sebuah majlis tular di media sosial.



Kata Uqasha, tindakan itu bagi mengelak rasa kurang senang atau salah faham yang boleh menjejaskan hubungan rumah tangga pelakon gandingannya dalam drama Syurgaku Tak Sempurna.

"Saya ada menyampaikan pesanan melalui Shah kepada isterinya bahawa saya meminta maaf dan minta dia jelaskan perkara sebenar pada majlis berkenaan, saya tiada apa-apa hubungan dengan suami dia.

"Saya tidak mahu perkara ini menimbulkan perasaan tidak senang terhadap saya. Shah sudah beritahu isterinya tentang itu dan dia juga faham situasi kami," jelasnya.




Sumber: Berita Harian & mStar
Foto: Shah Iskandar IG & Uqasha Senrose IG



         ________________________





No comments: