25 March 2017

TAHNIAH - SABHI SADDI TIMANG ANAK KETIGA



Pada 23 Mac lalu, penyanyi kelahiran Sabah, Sabhi Saddi dan isterinya, Rosi Aswani telah menyambut kelahiran cahaya mata ketiga mereka yang merupakan seorang bayi perempuan. Seronoknya, anak-anak Sabhi kesemuanya perempuan.

"Alhamdulillah, Tepat jam 10.45 pagi. Pada 23.3.2017 saya selamat melahirkan baby girl. TQ yang mendoakan," ujar isteri Sabhi menerusi gambar yang dikongsi di laman Instagramnya.

Klik untuk gambar besar




Kami doakan semoga Sabhi dan isteri berjaya mendidik anak-anak menjadi anak yang solehah. Buat Rosi, selamat menjalani proses berpantang.

Untuk rekod, Sabhi dan Rosi berkahwin sekitar tahun 2012. Hasil perkongsian hidup bersama, mereka dikurniakan dua orang puteri, Sofea Reesya dan Sofea Rania.


Sumber: Media Hiburan



         ________________________





No comments: