Sebelum ini, bapa kepada Serina Redzuawan iaitu Chef Wan telah mengulas secara terbuka mengenai kedudukan rumah tangga anak perempuannya itu menerusi laman Instagram.
Dalam kenyataan Chef Wan itu, beliau berkata keretakan rumah tangga Serina berpunca daripada sifat kedekut menantunya, Gavin Edward O’luanaigh atau nama Islamnya Salahudin Ghafar dalam memberi nafkah dan enggan menerima nasihatnya supaya berubah.
Bukan itu sahaja, Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail, turut mendedahkan rumah tangga anak perempuannya dengan suami tidak bahagia dan menyebabkan Serina tuntut cerai.
Klik untuk gambar besar
Enggan isu rumah tangganya terus diperkatakan selepas perdedahan itu, menantu Chef Wan akhirnya tampil memberikan penjelasan.
Menurut Gavin, beliau menyedari tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan sering memastikan perbelanjaan keluarganya mencukupi. Malah, beliau juga memberikan Serina kelonggaran untuk berbelanja mengikut kehendaknya sendiri.
Dalam pada itu, Gavin berkata bahawa rumah tangga mereka musnah saat Serina membuat keputusan untuk berpindah dari rumah mereka dan seterusnya memfailkan penceraian pada Januari 2016.
"Saya tidak kisah dengan semua perbelanjaan itu kerana ia adalah tugas saya untuk keluarga dan saya sedar mengenai tanggungjawab saya sebagai seorang suami untuk menyediakan semua keperluan dengan sewajarnya.
"Saya tidak tahu dan masih tidak faham mengapa dia meninggalkan saya kerana tidak diberitahu. Bagaimanapun saya berharap penyelesaian terbaik boleh dicari dan perkahwinan ini dapat dipulihkan.
"Walaupun tidak tahu ke mana dia pergi dan di mana dia tinggal, saya percaya tiada mana-mana pihak ketiga terlibat dalam isu ini kerana saya percaya dengan Serina. Saya sanggup menunggu agar dia berfikir tentang tindakannya dan keluarga kami," jelasnya.
Pada masa yang sama, Gavin memberitahu beliau pada awalnya enggan membiarkan masalah rumah tangganya itu diketahui umum dan cuba untuk menyelesaikannya dalam diam. Baginya, perkara ini terlalu peribadi untuk di bicarakan dengan orang ramai.
"Serina dan saya sendiri masih cuba untuk menyelesaikan segala-galanya dengan baik dan kami berdua mengambil kira kepentingan anak-anak.
"Amat sedih apabila saya terpaksa menulis mengenai perkara ini secara terbuka kerana hasrat saya dan juga Serina adalah untuk menjaga perkara ini sebagai isu tertutup dan peribadi.
"Saya benar-benar berharap agar ahli keluarga yang mengharapkan perkara terbaik untuk anak dan cucu mereka supaya boleh bertanya kepada Serina dan saya sendiri dan bukannya menyatakan secara terbuka kepada dunia luar," katanya.
Dalam masa sama, Gavin juga berharap agar pihak media dan orang ramai memberi ruang kepada keluarganya untuk menyelesaikan masalah mereka.
www.myartis.com / Sumber: mStar
________________________
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment