17 April 2017

SARAT MENGANDUNG - SHARIFAH SAKINAH MASIH TETAP BERLAKON



"Sepatutnya penggambaran dilakukan lebih awal. Tetapi disebabkan Aiman terikat dengan kerja lain termasuk promosi filem 'Kimchi Untuk Awak', penggambaran hanya dapat dilakukan sekarang.

"Sudah seminggu penggambaran bermula... mujur watak saya dalam cerita ini menjadi wanita mengandung," kata pelakon Sharifah Sakinah yang tetap menyempurnakan komitmen menghabiskan penggambaran telefilem, meskipun sedang sarat mengandung dan menunggu detik melahirkan bayi sulung.

Sakinah yang bergandingan dengan pelakon Aiman Hakim Ridza itu memegang watak Munirah seorang wanita hamil dalam telefilem berjudul 'Dengan Beetle Kami Beraya Lagi' terbitan Dark Wave Pictures.

Klik untuk gambar besar




Bagaimanapun kata Sakinah, dia meletakkan syarat kepada penerbit termasuk 'orang kuat' Datuk Rafiena sebelum bersetuju berlakon dalam telefilem yang akan disiarkan TV1 itu.

"Saya minta supaya kakak tersayang, Sharifah Shahira dan teman baik, Marsha ada di sisi sepanjang penggambaran. Alang-alang, mereka pun berlakon sekali.

"Jadi, kalau saya tiba-tiba rasa hendak bersalin di set penggambaran, mereka dapat membantu apa yang patut. Memang benar, jika diikutkan, pada bila-bila masa saya sudah boleh bersalin," ujarnya.












www.myartis.com / Sumber: Berita Harian




         ________________________





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...