18 April 2017

6 FOTO - SHIDI DATA & ISTERI KINI TUNAI UMRAH, HADIAH DATO' VIDA



"Alhamdulillah syukur... baru saja selesai menziarah makam Rasulullah saw... sayu dan sebak tu masih lagi terasa... sukar untuk saya gambarkan perasaan tu...

"Diharap semoga diberi kesempatan lagi untuk ke sini... dan semoga anda semua diberi rezeki untuk ke sini juga...amin...," kata Shidi Data yang diberi kesempatan untuk menunaikan umrah bersama isterinya, Zaira Ezara.

Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata wajah keriangan penyanyi tersebut apabila berpeluang mengerjakan ibadah umrah bersama isteri tercinta buat kali pertama.

Klik untuk gambar besar




Shidi dan isterinya selamat berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan umrah yang merupakan hadiah daripada Datuk Seri Vida ketika perjuangannya di dalam program Gegar Vaganza tahun lalu.

Bertuah betul Shidi dan isteri, dapat hadiah hebat begini. Tak kurang juga buat Datuk Vida, besar pahala.

Shidi menerusi akaun Instagramnya ada berkongsi gambar dan video, sempat merakamkan kesyukuran dan rasa terujanya. Begitu juga isterinya turut sama berkongsi momen itu di laman Instagram.

Semoga Shidi dan isteri, mendapat umrah yang mabrur dan diperkenankan segala permintaan.












www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan




         ________________________





No comments: