"Memang saya sedikit cemas dan bimbang, apatah lagi isteri pernah dua kali keguguran sebelum kami menyambut kelahiran anak ketiga ini.
"Ketika kandungan memasuki minggu ke-32, dia turut mengalami pendarahan dan beberapa kali dimasukkan ke hospital.
"Manakala ketika itu saya sibuk menjalani penggambaran program Ramadan TV3 berjudul Madrasah di beberapa negara seperti Kemboja, Thailand, Indonesia dan China.
"Mengikut perkiraan doktor, isteri sepatutnya bersalin pada 5 Jun ini tetapi ketika kandungan mencecah 37 minggu, sekali lagi dia mengalami pendarahan.
"Doktor mengambil keputusan melakukan pembedahan memandangkan usia kandungan sudah matang," kata pengacara Malaysia Hari Ini (MHI), Ahmad Fedtri Yahya yang mengakui dirinya berdebar menyambut kelahiran anak ketiga di bilik pembedahan.
Kata Fedtri, kehadiran anak ketiga yang merupakan seorang bayi perempuan itu adalah rahmat cukup besar bagi mereka berdua apabila si kecil dilahirkan pada hari pertama umat Islam seluruh dunia menyambut puasa.
"Saya dilahirkan pada 1 Syawal dan anak saya ini pula pada 1 Ramadan. Secara kebetulan, dia lahir sempena ulangtahun perkahwinan kami yang keenam, hari ini (semalam).
"Buat masa ini, saya belum lagi memikirkan nama untuk bayi perempuan kami ini," katanya yang diijabkabulkan dengan Nurul Anati pada 28 Mei 2011.
Pasangan terbabit turut mempunyai dua cahaya mata lain iaitu Indah Sutera Jannah, 5, dan Ahmad Willdan Arjuna, 3.
www.myartis.com / Sumber: Berita Harian
________________________
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment