29 May 2017

DUGAAN RAMADAN - BILA MATA AKIM AHMAD KENA SENGAT PENYENGAT



Vokalis kumpulan Akim & The Majistret iaitu Akim Ahmad yang kini sedang bercuti di kampung halaman isterinya, Ummu Shaikhah Stacy Anam di Penampang, Sabah, telah berkongsi gambar keadaan mata sebelah kanannya yang mengalami bengkak dipercayai disengat penyengat.

Perkongsian keadaan matanya yang dimuatnaik menerusi laman Instagram itu telah mendapat perhatian netizen.





Dalam pada itu, netizen yang prihatin turut berkongsi petua-petua untuk mengurangkan bengkak dan bisa serangga berkenaan.

"Mata bengkak kena gigit penyengat rasanya ni, dugaan Ramadan," katanya.

Dalam masa sama, peminat turut mendoakan agar penyanyi lagu 'Mewangi' itu cepat sembuh.




www.myartis.com / Sumber: mStar




         ________________________





No comments: