29 May 2017

KESAKITAN DI TENGKUK - AARON AZIZ AKUI MASIH RASAI SEHINGGA SEKARANG



"Sekarang masih sakit," demikian kata pelakon Aaron Aziz, 41, mengenai kecederaan sendi tengkuk yang dialaminya sejak empat tahun lalu yang masih belum pulih dan ia terus mengganggu kehidupannya.

Berpunca daripada kemalangan yang menimpa dirinya pada tahun 2013 ketika menjayakan penggambaran Fear Factor Malaysia di Afrika Selatan, sehingga kini Aaron terpaksa menahan sakit akibat daripada peristiwa tersebut.

Selain kerap dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan suntikan, kedatangan Ramadan kali ini terus memaksa Aaron untuk berehat.





Bapa kepada tiga cahaya mata ini juga kerap dimasukkan ke hospital dan menerima suntikan steroid bagi mengurangkan kesakitan itu.

Jelas Aaron, dia masih dilarang untuk melakukan apa-apa kerja berat kerana bimbang penyakit itu terus menyerangnya.

"Doktor suruh buat pembedahan untuk betulkan sendi leher tapi saya tidak mahu. Buat masa ini saya berehat dan mengelakkan kerja-kerja berat," katanya.

Boleh tahan juga kesan kemalangan tersebut. Apa pun, semoga Aaron akan semakin pulih dan dapat meneruskan kerjayanya dengan baik.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber: mStar




         ________________________





No comments: