15 May 2017

ABPBH 3.0: FATTAH AMIN RANGKUL ANUGERAH 'BINTANG PALING POPULAR'



Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu!

Demikian jugalah halnya dengan pelakon Fattah Amin, 26, apabila dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 30 (ABPBH 3.0).

Kemenangan itu melayakkan Fattah membawa pulang hadiah utama, kereta Peugeot 408 e-THP bernilai RM150,000 tajaan Kumpulan Naza berserta trofi pada acara kemuncak yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).





Selain itu, Fattah turut memenangi kategori pelakon TV popular menewaskan Aiman Hakim Ridza, Ashraf Muslim, Shukri Yahaya dan Syafiq Kyle.

Fattah juga turut diumumkan pemenang dua kategori online, Artis Sensasi dan Gandingan Serasi Drama bersama Neelofa.

Klik untuk gambar besar



BERIKUT ADALAH KEPUTUSAN PENUH ABPBH 3.0

Bintang Paling Popular - Fattah Amin
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat - Ella


Kategori Utama

1. Artis Baharu Lelaki Popular - Khai Bahar
2. Artis Baharu Wanita Popular - Sweet Qismina
3. Penyanyi Lelaki Popular - Khai Bahar
4. Penyanyi Wanita Popular - Siti Nordiana
5. Pengacara TV Popular - Neelofa
6. Penyampai Radio Popular - Radin
7. Artis Versatil Popular - Ifa Raziah
8. Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular - Akim & The Majistret
9. Artis Komedi Popular - Zizan Razak
10. Pelakon TV Wanita Popular - Janna Nick
11. Pelakon TV Lelaki Popular - Fattah Amin
12. Pelakon Filem Wanita Popular - Fazura
13. Pelakon Filem Lelaki Popular - Zul Ariffin


Kategori online

1. Gandingan Serasi Drama - Fattah Amin & Neelofa (Suri Hati Mr Pilot)
2. Gandingan Serasi Filem - Syamsul Yusof & Nabila Huda (Munafik)
3. Personaliti Media Sosial - Makhlokmacho
4. Artis Berpengaruh Di Laman Sosial - Neelofa
5. Artis Sensasi - Fattah Amin


www.myartis.com / Sumber: Berita Harian




         ________________________





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...