"Saya akan memikirkan terlebih dahulu mengenai kenyataan diberikan penganjur yang mahu bertemu dengan saya dan mengadakan sidang akhbar seperti apa yang dinyatakan.
"Maaf saya masih di Australia, dan saya belum boleh memberikan sebarang komen mengenai perkara terbabit.
"Saya akan memberikan kenyataan mengenainya selepas 18 Mei ini setelah pulang ke tanah air," demikian kata pelakon Fasha Sandha yang turut memberitahu beliau sudah dimaklumkan mengenai kenyataan daripada pihak penganjur terbabit.
Bagaimanapun, Fasha masih enggan memberikan sebarang kenyataan berhubung saman fitnah terhadap dirinya yang difailkan oleh Nora Danish.
Sebelum ini, pihak penganjur Fenomena Aidilfitri telah tampil memohon maaf dan akan bertanggungjawab atas salah faham yang telah berlaku antara Fasha dan Nora.
Dalam sidang akhbar itu, pihak penganjur menjelaskan berita kononnya Nora tidak mahu hadir pada acara fesyen berkenaan dilakukan atas pihaknya sendiri dan bukanlah mengikuti arahan Nora ataupun mana-mana pihak.
Klik untuk gambar besar
Pada masa sama, Nora yang menyertai pertunjukkan fesyen terbabit bagi mempromosikan koleksi pakaian raya dihasilkan syarikatnya, turut menegaskan dia sudah pun memfailkan tuntutan saman fitnah terhadap Fasha.
Jelas Nora, tindakan itu diambil kerana apa yang ditulis dan dimuatnaik Fasha di laman sosial Instagram miliknya telah memberi kesan buruk kepada perniagaan diusahakan.
Membabitkan kenyataan Nora yang sudah memfailkan tuntutan saman fitnah terhadap dirinya, kata Fasha dia tidak boleh memberi sebarang komen sehingga pertemuan dengan peguamnya dibuat.
www.myartis.com / Sumber: Harian Metro
________________________
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment