15 May 2017

BILA ASHRAF MUSLIM CURI TUMPUAN BAWA KEDUA-DUA ISTERI KE ABPBH 3.0



Malam Anugerah Bintang Popular BH edisi ke-30 (ABPBH 3.0), yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) semalam telah berlabuhkan tirainya.

Namun apa yang menarik perhatian ramai apabila Ashraf Muslim, 36, membawa dua orang isterinya, Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah ke malam ABPBH 3.0 buat julung kalinya.

Malah rata-rata netizen menyifatkan Ashraf cukup bertuah kerana diapit oleh isteri-isterinya pada malam berkenaan.





Menurut Ashraf, kedua-dua isterinya itu menemani beliau untuk memberi sokongan kepadanya yang tercalon untuk kategori Pelakon TV Popular. Ini kerana, selama lapan tahun Ashraf tidak pernah tercalon dalam mana-mana kategori ABPH.

"Sebelum ini, saya dicalonkan ketika belum berumah tangga. Tetapi, selepas berkahwin, inilah kali pertama saya membawa mereka bersama-sama.

Klik untuk gambar besar


"Dayana dan Sakinah adalah kekuatan dan penyokong utama saya. Mereka banyak membantu saya dan memberi semangat untuk saya terus berjuang dalam industri.

"Saya menghargai pengorbanan mereka dan berkongsi detik manis pada ABPBH 3.0, jadi tidak salah mereka sama-sama berada di samping saya malam ini," katanya.

Boleh dikatakan bertuah juga Ashraf ni kan? Kami doakan agar rumah tangga mereka kekal bahagia dan harmoni seperti ini sehingga akhir hayat.








www.myartis.com / Sumber: Berita Harian




         ________________________





No comments: