Tahniah diucapkan kepada penyanyi Mila Jirin, 29, dan suaminya, Isz Mustapha atas kelahiran anak sulung mereka yang selamat dilahirkan pada jam 9.45 malam kelmarin (12 Mei 2017).
Difahamkan, Mila melahirkan anak lelakinya yang diberi nama Mohd Arif Zikri dengan berat 2.78 kilogram itu secara pembedahan di sebuah hospital swasta.
Mila yang juga juara Akademi Fantasia musim ke-5 (AF5) itu berkata asalnya beliau mahu melahirkan secara normal.
"Bagaimanapun, berikutan beberapa komplikasi, pihak hospital menyarankan saya melahirkan anak secara pembedahan.
"Saya dimasukkan ke hospital sejak malam Isnin lalu kerana air ketuban pecah. Lama juga saya berada di hospital kerana tiada tanda ingin bersalin sepanjang empat hari itu.
"Cuma malam Jumaat lalu saya mula berasakan sakit. Saya dimasukkan ke dewan pembedahan pada jam 3 petang dan Alhamdulillah, proses bersalin dipermudahkan. Dalam 45 minit, segala-galanya selesai," katanya.
Klik untuk gambar besar
Selepas melalui pelbagai keperitan, barulah kini dia memahami peritnya seorang ibu ingin melahirkan anak.
"Waktu itu baru saya tahu susahnya ibu hendak melahirkan saya. Bagaimanapun, ia tetap menjadi nikmat terindah.
"Alhamdulillah, saya dan anak sihat," ujarnya yang sudah kembali ke rumah untuk menjalani proses berpantang.
Mila yang berkahwin dengan pengurusnya, Isz atau nama sebenarnya Ahmad Ailis Mohamed Mustapha pada November 2015 pernah diuji dengan keguguran pada Jun tahun lalu.
www.myartis.com / Sumber: Berita Harian
________________________
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment