17 May 2017

AZRINAZ BAKAL JADI KOLUMNIS AKHBAR TEMPATAN



Bekas wartawan penyiaran TV3, Azrinaz Mazhar Hakim, 37, yang sudah lama menyepikan diri dari dunia penyiaran ini bakal kembali menempatkan namanya dalam bidang kewartawanan sebagai kolumnis akhbar tempatan.

Ini kerana akui Azrinaz, dunia kewartawanan dan penulisan tidak pernah pudar dalam jiwanya.

Biarpun tidak lagi aktif dalam bidang penyiaran, beliau turut meluahkan bahawa kerinduannya untuk beraksi di depan kamera sebagai wartawan tidak pernah luntur.





Ya, cinta saya terhadap bidang kewartawanan dan penulisan tidak pernah luntur. Justeru, mengapa tidak saya berkongsi pandangan dan ilmu penulisan saya dalam surat khabar.

Seperti anda semua, saya juga mempunyai minat menulis dan sudah lama tidak melakukannya kerana kekangan masa dan situasi yang terhad," katanya.

Dalam masa sama, Azrinaz bercerita tentang rencananya untuk mempertimbangkan pemilihan medium terbaik bagi meluncurkan semula kerjaya sebagai personaliti televisyen atau pengacara.

"Buat masa sekarang, belum ada apa-apa perancangan rasmi. Saya ada menerima tawaran daripada beberapa stesen televisyen, namun perlu memikirkannya.

Klik untuk gambar besar


"Tawaran tersebut bukan sebagai wartawan penyiaran tetapi sebagai pengacara program bual bicara.

"Namun, saya belum memberi kata putus kerana perlu memikirkannya dahulu kerana ia perlu bersesuaian dengan karakter dan gaya pengacaraan saya," jelasnya.

Ditanya apa yang membuatkannya mahu kembali aktif dalam dunia kewartawanan atau penyiaran, kata Azrinaz, beliau mempunyai ramai sahabat yang masih lagi aktif dalam bidang ini.

"Sebelum ini saya tidak mampu memberikan komitmen kerana selalu berada di luar negara. Sejujurnya, saya juga rindu untuk beraksi di depan lensa kamera.



"Saya mempunyai ramai sahabat yang masih lagi aktif dalam bidang ini. Kalau benar-benar ingin kembali, saya perlu membuat pengorbanan dan memberikan komitmen sepenuhnya," ujarnya.

Mengenai statusnya sebelum ini, ada dalam kalangan pihak media berasa 'gentar' untuk mendekati anda, kemudian secara tiba-tiba anda dikaitkan dengan Wak Doyok. Ada yang melabelkan anda sebagai seorang yang sukar didekati. Boleh anda jelaskan?

Disebabkan statusnya sebelum ini, ada dalam kalangan pihak media berasa 'gentar' untuk mendekatinya, kemudian secara tiba-tiba dirinya dikaitkan dengan Wak Doyok. Malah ada yang melabelkan Azrinaz sebagai seorang yang sukar didekati.

"Bukan sombong atau bersikap dingin tetapi saya tidak mahu terlalu mendedahkan soal peribadi kepada umum.

"Bagi saya, kalau tiada produk seni yang ingin diceritakan, lebih baik saya diamkan diri sahaja. Sebenarnya, saya okey sahaja kalau orang sudah saling mengenali.

"Kalau sudah kenal, baru ada keserasian untuk saya bercerita. Tentang Wak Doyok, saya tidak pernah memberikan kenyataan mengenai perhubungan kami.

"Bagi saya, kalau dia yang sudah banyak berkata-kata, wartawan perlu cari dia, bukan saya untuk berkata tentang sesuatu perkara yang tidak pasti," tuturnya.


www.myartis.com / Sumber: Kosmo




         ________________________





No comments: