Pengasas kepada MERVE Group Holdings Berhad, Joy Revfa Sofia yang tampil sebagai isteri kepada penyanyi Hafiz Hamidun bukanlah mudah buatnya apabila ada saja mata yang perhati.
Biarpun Joy nampak seperti wanita biasa yang lain, ada juga yang tidak senang dengannya, sampaikan gaya senyuman juga dipersoalkan.
Joy yang pada asalnya memang sudah bertudung namun di mata peminat ada sahaja yang tak kena, sampaikan senyuman juga dikatakan salah kerana boleh menimbulkan nafsu lelaki lain.
Selain itu, ramai juga mempertikaikan penampilan Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Amin yang didakwa tidak sesuai dengan gaya Islamik suaminya.
Dalam pada itu, Joy menerusi laman Facebook miliknya telah meluahkan rasa terkilan berkenaan dirinya yang dipertikai dan dipersoal.
Klik untuk gambar besar
Melihat pada kenyataan itu, Joy berkata hal penghijrahan ini beliau tidak mahu terlalu terburu-buru kerana bimbang ianya tidak berkekalan.
Malah katanya, Hafiz juga sering menasihatinya untuk perlahan-lahan melakukan penghijrahan supaya suatu hari nanti dapat menjadi Muslimah sejati.
Memang pelik benar imaginasi sesetengah orang, sampaikan senyum juga boleh menjadi satu masalah. Apapun ada betulnya kata Joy, tak perlu kita sibuk mencari salah orang lain, yang penting doa yang baik-baik saja.
www.myartis.com / Sumber: Joy Revfa Sofia Facebook
________________________
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment