18 July 2017

4 GAMBAR - BILA ZILA SEERON TAMPIL DENGAN GAYA TERBARU



Melihat pada Instagram Zila Seeron, bekas isteri Along Cham ini dilihat telah tampil dengan gaya terbaru iaitu rambut ala boycut berwarna biru kehijauan.

Sementara itu, dengarnya Zila pun dah mula bekerja di salon tempat dirinya membuat gaya tersebut menerusi beberapa gambar yang dimuatnaik.

Baguslah tu, nampaknya Zila dah mula membuka lembaran baru selepas melalui episod duka satu masa dulu.





Status ibu tunggal yang Zila galas semestinya tidak menghalang Zila untuk mencari rezeki halal.

Mungkin rezeki Zila dalam bidang nyanyian semakin berkurang tetapi rezeki itu datang dalam bentuk lain pula, siapa tahu kan?

Apapun kami harap Zila jadikan perkara ini sebagai satu permulaan baru untuk mencorak masa depan yang lebih baik, Insha Allah.

Dalam masa sama, kami turut berharap agar Zila dapat memakai tudung semula seperti dulu.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak




         ________________________





No comments: