26 July 2017

8 GAMBAR - BILA ZAHIDA RAFIK KINI 'BERBADAN SADO'



Sudah lama kita tak dengar cerita pelakon kacukan Melayu dan Pakistan, Zahida Mohamed Rafik yang pernah membintangi lebih daripada enam buah filem antaranya 'Senario', 'Mami Jarum', 'Mami Jarum Jr', 'Anak Mami The Movie' dan 'Kuliah Cinta' ini.

Menerusi laman Instagram, pelakon yang kurang aktif dalam bidang lakonan ini nampaknya lebih banyak meluangkan masa bersama teman-teman dan melakukan aktiviti senaman di Gym.





Jika dilihat melalui gambar terbaru, penampilan Zahida nampak lebih anggun dan seksi dengan tubuh yang agak tegap atau sado.

Untuk makluman, Zahida juga memiliki syarikat produksi Chilli Picture dan telah menerbitkan sebuah filem secara usaha sama dengan sebuah syarikat produksi Indonesia Nobel Benchmark Sdn. Bhd pada tahun 2009.

Klik untuk gambar besar


Ruangan komen dihujani dengan peminat yang memuji badan dan imej barunya itu. Terdahulu, Zahida pernah mencetuskan kontroversi melibatkan nama VIP dan tidak kurang juga isu mengenai wajahnya pakai Botox.

Jom kita lihat bentuk tubuh Zahida masa kini yang telah dimuatnaik oleh beliau sendiri di media sosial.














www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan & Zahida Rafik IG




         ________________________





No comments: