26 July 2017

ISU SITI NURHALIZA 'HAMIL LAGI': "DOAKAN AGAR JADI KENYATAAN" - SUAMI



Jika sekitar bulan Disember 2015, penyanyi nombor 1 negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin telah mengalamai keguguran ketika usia kandungannya 2 bulan, terkini Siti dikhabarkan telah hamil lagi.

Sekiranya benar, impian Siti bersama suami­nya, Datuk Seri Khalid Mohd. Jiwa (Datuk K) untuk menimang cahaya mata bakal menjadi kenya­taan.





Bagaimanapun, buat masa ini, suami Siti meminta sebarang penyebaran be­rita tentang spekulasi kehamilan kali kedua isterinya itu dihentikan.

Menurut Khalid, seandainya ada berita gembira berkenaan kehamilan tersebut, ia pasti akan dikongsikan dengan semua peminat.

"Selama 11 tahun bernikah, kami memang mahukan cahaya mata dan tidak pernah putus berikhtiar. Jadi lebih baik kita sama-sama mendoakan agar impian itu menjadi kenyataan," katanya.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber: Kosmo




         ________________________





No comments: