28 July 2017

NAMA ANAK 'ALI' DIKATA 'KUNO' - ISTERI SAHARUL TAMPIL JELASKAN



Kita semua sedia maklum mengenai anak sulung kepada pasangan Saharul Ridzwan dan Qaabila Deena Emir yang diberi nama 'Muhammad Luth Ali'.

Namun begitu, ada netizen yang meninggalkan komen dengan mengatakan nama 'Ali' yang diberikan kepada anak Saharul dan Deena ini adalah 'kuno'.

"@saharulridzwan Ali? hhahaa kuno nye nama, naseb papa hensem," komen netizen itu pada sebuah gambar dua pasangan kasut kepunyaan Saharul dan Ali.





Rentetan daripada komen tersebut, isteri Saharul telah bersuara di ruangan komen dengan mengatakan bahawa nama ali tidak kuno malah nama tersebut turut ada di dalam Asmaul Husna.

"Awak je rasa kuno. check la maksud dalam bahasa Arab pulak. Saidina Ali & salah satu Asmaul Husna pun ada Ali. Harap buat homework lebih sebelum bercakap ya. TQ," balas Deena terhadap komen tersebut.

Ibu mana yang tidak geram jika nama yang mempunyai maksud yang baik-baik diberikan kepada anak mereka di tertawakan dan diperkecilkan sebegitu.

Klik untuk gambar besar


Rata-rata pengikut Saharul juga tampil menyuarakan komen kurang setuju dengan kata-kata netizen tersebut.

Kami harap Saharul dan Deena sabar menghadapi situasi ini. Yelah... mulut orang memang sukar untuk kita tutup daripada melontarkan kata-kata yang kurang enak didengar.

Apa yang penting pasangan ini tahu apa yang terbaik buat anak mereka.




www.myartis.com / Sumber: Saharul Ridzwan IG




         ________________________





No comments: