24 July 2017

"PAKAI TUDUNG LABUH, TUNJUK PENUMBUK" - UQASHA



Pelakon Uqasha Senrose baru-baru ini telah bekongsi video mengenai situasi dirinya berdepan dengan wanita bertudung labuh. Bagaimanapun, video telah pun dipadam.

Dalam perkongsian video pendek tersebut, Uqasha menyatakan bahawa dia dalam perjalanan untuk balik ke kampungnya di Kelantan dan dalam perjalanan tersebut, Uqasha telah berhenti di sebuah stesen minyak.





"Dah habis Sha isi minyak, Sha slow slow nak keluar and there’s one car pancung depan Sha mengejut dan Sha brek mengejut.

"Bila kita brek mengejut, kita tengoklah kereta kat depan tu. So perempuan tu pakai tudung labuh, tunjuk penumbuk nak ajal gaduh”

"So Scha ni dengan niat yang baik turun kereta nak mintak maaf. Bila kita nak mintak maaf tu, dia ingat kita nak attack dia.

Klik untuk gambar besar


"So dia cepat cepat keluar handphone, kononnya nak viralkanlah, kononnya kita nak attack attack dia,” jelasnya dalam video tersebut.

Tambahnya dalam video itu lagi, Uqasha turut memohon agar wanita di luar sana saling hormat menghormati dan tidak tunjuk gangster sangat.

Setakat ini belum ada lagi cerita dari pihak wanita di sebelah pihak lagi. Namun semoga perkara ini dapat jadi iktibar kepada semua.


www.myartis.com / Sumber: Rotikaya




         ________________________





No comments: