19 July 2017

RAMBUT PANJANG ANAK DIKRITIK - RITA RUDAINI LUAH RASA BENGANG



Kita semua mengetahui bahawa anak bongsu pelakon Rita Rudaini iaitu Airit Qaqa Arjuna sememangnya mempunyai rambut yang panjang.

Bagaimanapun, baru-baru ini ada seorang pengguna laman media sosial yang memberi komen mengkritik rambut Arjuna yang panjang itu.

"Kenapa rambut macam pompuan? Kalau boy buat cara boy. Ni dah dididik jadi girl, esok jadi nursajat padan muka," komen individu tersebut.





Meskipun, niat individu tersebut yang mungkin menegur tidak kena dengan caranya mengundang pula pelbagai reaksi daripada pengikut Instagram Rita, sebaliknya beliau pula yang dikecam beramai-ramai.

Dalam masa sama, Rita menerusi laman Instagram pun turut membalas kenyataan komen individu tersebut.

Itulah kata orang, sebelum ingin menegur orang lain pastikan ia dilakukan dengan cara yang sopan. Janganlah pula diganggu harimau yang sedang tidur, kan Rita dah bengang? Heh..

Klik untuk gambar besar









www.myartis.com / Sumber: Rita Rudaini IG




         ________________________





No comments: