Sebelum ini, bekas suami Erra Fazira, Engku Emran dan pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella dilihat bersama-sama di Jakarta, Indonesia.
Terkini, Engku Emran dilihat sempat untuk membawa Bella merasai suasana menyambut lebaran di Malaysia, dengan membawa kekasih hatinya itu beraya di rumah penyanyi rock legenda, Amy Search.
"Tetamu jauh dari seberang. Terima kasih kerana mengunjungi rumah saya. @laudyacynthiabella @iamkumbre ππ I hope u love the Mee Bandung, the Durian and the Phewiiit Coffee," kata Amy Search.

"Special guest. Terima Kasih kerana sudi datang beraya π€π»ππ»πππΊπ. @laudyacynthiabella @iamkumbre @aku.amysearch," ujar isteri Amy Search pula.
Gambar-gambar mereka di rumah penyanyi tersebut itu menarik perhatian ramai khususnya peminat Bella yang mendoakan pasangan ini mempunyai jodoh sehingga ke jinjang pelamin.
Siapa tahu selepas ini Engku Emran dan pelakon 'Surga Yang Tak Dirindukan' (SYTD) itu akhirnya akan memberikan kenyataan rasmi mengenai status hubungan mereka?
Klik untuk gambar besar






www.myartis.com / Sumber & foto: Amy Search IG & @qasander
________________________
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment