17 July 2017

TAHNIAH - NADYA SYAHERA HAMIL ANAK KEDUA



"Yalah, anak pertama baru berusia empat bulan, tiba-tiba yang ni dah 'lekat' tanpa sempat saya makan pil pencegah kehamilan (ketawa).

"Tapi tak mengapalah, kami terima dengan hati terbuka dan anggap ia sebagai rezeki Allah," ujar pelakon Nadya Syahera, 24, yang kini hamil anak kedua.





Pelakon yang mula popular dengan watak Bella menerusi drama 'Dia Semanis Honey' ini berkata, dia mendapat tahu perkara itu apabila membuat ujian kehamilan selepas mengalami alahan baru-baru ini.

"Sebenarnya sejak raya lagi saya dah rasa tidak sedap badan dan seminggu lalu mula alami alahan muntah yang teruk sehingga langsung tak boleh nak makan.

"Mengesyaki mungkin berbadan dua, baru-baru ini saya buat ujian kehamilan sendiri di rumah dan keputusannya memang positif," katanya.

Klik untuk gambar besar


Tambahnya lagi, dia dan suami bercadang untuk membuat pemeriksaan doktor dalam waktu terdekat ini untuk mendapat keputusan rasmi berhubung perkara itu.

Dalam pada itu, isteri kepada Fizul Nawi, 25, ini masih terkejut dengan keputusan tersebut kerana dia dan suami sememangnya merancang untuk kehamilan anak kedua.

Nadya dan suami yang juga seorang model komersil berkahwin pada 25 September 2016. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurnikan seorang anak perempuan diberi nama Aleena Rose (1 Mac 2017).












www.myartis.com / Sumber: mStar




         ________________________





No comments: