17 July 2017

TETAP FAILKAN CERAI - SERINA & SUAMI BERBAIK DEMI ANAK-ANAK



Gambar sekeluarga termasuk suami, Gavin Edward O’luanaigh atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar yang dimuatnaik oleh Serina Redzuawan, 35, semalam itu mengundang tanggapan ramai mengatakan mereka sudah berbaik.

Ini kerana, mereka empat beranak kelihatan penuh dengan senyuman di wajah mereka seakan tiada sebarang kemelut rumah tangga yang berlaku.

Bagaimanapun, Serina memberitahu hubungan baik mereka berdua hanya kerana anak-anak dan Serina tetap akan meneruskan perceraian dengan Salahudin.





"Selepas saya muatnaik gambar tersebut, memang ada komen pengikut yang beranggapan kami sudah berbaik dan tidak akan bercerai. Tetapi, hakikatnya tidak seperti itu.

"Gambar tersebut diambil ketika kami sekeluarga berada di sekolah anak-anak bagi menghadiri aktiviti yang dianjurkan pihak sekolah," katanya.

Serina dan Salahudin bernikah pada 1 Januari 2010 dan dikurniakan dua cahaya mata, Tristan Tareef, 6, serta Isabella Saffiya, 5.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber: Utusan




         ________________________





No comments: