11 August 2017

DAKWAAN AFIFAH: "IA BUKAN RANCANGAN KAMI" - PENGARAH


Setelah sekian lama mendiamkan diri, akhirnya pihak produksi iaitu pengarah drama 'Izinkan Aku Mencintaimu', Mansor Akob atau lebih dikenali sebagai Manchi telah tampil memberi penjelasan tentang kontroversi yang melanda dua pelakon utamanya, Aliff Aziz dan Afifah Nasir.





Dakwaan Afifah yang mengatakan pihak produksi menyuruhnya rapat dengan Aliff itu ternyata tidak benar sama sekali apabila pengarah terbabit menafikannya.

Menurut Manchi, tidak pernah ada sebarang arahan dikeluarkan untuk mereka berdua merapati antara satu sama lain.

kata pengarah drama itu lagi, pihaknya juga tidak pernah merancang perkara itu sehinggalah timbul isu Aliff dan Afifah 'kantoi' berdua-duaan di sebuah pusat karaoke di Taman Shamelin Cheras, pada 27 Julai lalu.

"Kami hanya bercakap kosong dalam kalangan sendiri seperti bersembang di kedai kopi. Ia bukan perancangan produksi pun. Tiada arahan untuk mereka rapat.

Klik untuk gambar besar


"Soal masalah di set penggambaran itu perkara biasa dan tidak boleh dielak. Namun, kedua-dua pelakon utama memberikan komitmen dan kerjasama baik," jelasnya yang turut memberitahu yang beliau tidak tahu langsung mengenai hal dan juga perancangan di pusat karaoke tersebut.

Isnin lalu, Afifah menerusi sidang media diadakan di pejabat peguamnya di sini, mengakui insiden di pusat karaoke itu adalah atas urusan kerja.

Beliau turut mendakwa keluar dengan pelakon dan penyanyi kelahiran Singapura itu kerana mengikut perancangan pihak produksi bagi melancarkan kerja penggambaran.

Menerusi kenyataan balasnya, Aliff menyifatkan komen Afifah mengaitkan pihak produksi sebagai mengarut dan tidak masuk akal.

Sekarang semua pihak telah pun mengeluarkan kenyataan masing-masing. Apa pun, semoga apa yang terjadi menjadi pengajaran buat kita semua.


www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: