11 August 2017

ISTERI HAMIL ANAK KE-4 - FAZREEN RAFI MAHU TAMBAH 7 LAGI


Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Fazreen Rafi yang bakal menimang cahaya mata lagi apabila isterinya, Sharifah Marlina Ashikin sah hamil anak keempat mereka.





Berita gembira itu dikongsi oleh Fazreen dan juga isteri menerusi laman Instagram masing-masing.

Pasangan ini memuatnaik gambar dan video imbasan bayi anak mereka di IG kelmarin.

"Hurmmm RIZQIN KE RIZQEEN..?? 🤔🤔 apa2 pun faz x kisah rezeki.. huhuu 7 lg... go go power rangerssss... #2bulan kot..," ujar Fazreen.

Klik untuk gambar besar


Manakala isteri Fazreen pula berkata yang beliau sebelum ini pernah dua kali keguguran.

"Yeayyy.... heartbeats... 😂 kalau korg nak tahu ive had 2 miscarriages b4... 1st mmg tak jadi so on the 10th weeks gugur...

"The 2nd one na n suami gi cek baby time dah 11 minggu... baby dah formed... dah nmpak shape semua... but no heartbeat..



"We went to 2nd doc n still the same... we waited almost a month before we need to let the baby go... so yup... everytime i go 4 my check up.. i need to hear the heartbeats... #my4thstar #10thweeks," katanya.

Selepas mengumumkan berita gembira tersebut, Fazreen dan isteri telah menerima ucapan tahniah daripada pengikutnya.

Untuk rekod, Fazreen dan isteri yang berkahwin pada Mei 2011 itu telah dikurniakan tiga orang cahaya mata Rizqin Qayyum, Rizqin Uwais dan Risqeen Humaira.








www.myartis.com / Sumber: Fazreen Rafi IG & Syarifah Marlina Ashikin IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: