"Yang bodoh awak lah," demikian kenyataan balas jutawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman apabila dirinya itu terlalu geram dengan komen yang diberi oleh segelintir pengikutnya.

Ini susulan kontroversi video Datuk Aliff yang dikatakan menunjuk dalam pemberian hadiah buat ibu baru-baru ini.
Datuk Aliff menerusi laman Instagram telah memuatnaik video yang menunjukkan dia begitu gembira menyuruh ibu kesayangannya memilih hadiah yang dibeli untuk tatapan para peminat.
Klik untuk gambar besar

Video yang mendapat lebih daripada 190,000 tontonan di laman tersebut itu dikecam hebat oleh para netizen sehingga ada yang menggelarkan Aliff dengan panggilan 'bodoh'.
Alif mengakui berasa geram dengan pendapat sesetengah followers-nya yang bersikap tidak menjaga hati.
Hmmm... apa ni sampai membodohkan orang ni? Bersabarlah Datuk Aliff. Mulut manusia ni bukan boleh ditutup. Penat nanti, senyap lah tu.



www.myartis.com / Sumber: mynewshub
________________________

No comments:
Post a Comment