22 September 2017

6 GAMBAR - AKSI COMEL JIHAN MUSE DAN 'BABY BUMP' NYA


Baru-baru ini, pelakon dan pengacara Jihan Muse telah berkongsi gambar yang menunjukkan 'baby bump' yang kini sudah mencecah lima bulan dan perkara tersebut telah mencuri tumpuan pengikutnya.





Perkongsian Jihan yang juga seorang pelawak itu telah menerima banyak 'likes'. Bukan itu sahaja, malah peminatnya masing-masing cuba meneka jantina bayi Jihan.

Memang sudah jelas kelihatan 'baby bump' nya dan seri ibu mengandung selepas disahkan hamil ketika penggambaraan drama 'Biniku Ninja' di Perancis tempoh hari.

Melihat pada gambar dimuatnaik, tidak dinafikan kini Jihan kelihatan semakin menawan dan sihat dengan kandungan yang semakin membesar.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, pengikut Instagram Jihan mula membanjiri ruangan komen meluahkan rasa teruja sebaik sahaja melihat 'baby bump' itu.

Ada juga yang memuji 'baby bump' Jihan comel dan mendoakan agar dapat bersalin dengan selamat nanti. Tidak kurang juga, terdapat pengikut laman sosial yang baru mengetahui berita kehamilannya.

Terdahulu, Jihan dan Ungku Hariz yang menjalinkan hubungan cinta sejak tahun 2007 telah disatukan pada 20 Mac tahun lalu (2016).

Kami doakan agar Jihan dan bayi dalam kandungannya itu sihat sehingga selamat bersalin nanti.










www.myartis.com / Sumber: Jihan Muse IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: