22 September 2017

"KECAM ORANG PUN SALAH JUGA" - FATHIA LATIFF AMBIL PENGAJARAN


"Bukan hanya aurat sahaja. Ada perkara lain yang juga penting seperti berbuat baik kepada orang lain dan juga berbuat baik kepada haiwan. Bagaimana anda melayan orang lain, bukan saja hanya aurat.





"Aurat ialah sebahagian dari apa yang kita belajar dalam Islam. Tetapi ada perkara lain yang kita perlu belajar.

"Bukannya bila anda tutup kepala anda, anda boleh lakukan apa saja yang anda mahu contohnya kecam orang lain, atau menyumpah orang lain.

"Itu pun salah juga, kan?," kata pelakon Fathia Latiff ketika menjawab pertanyaan peminat sama ada beliau akan lebih berusaha untuk perbaiki diri terutamanya dalam aspek menutup aurat.

Nampaknya kontroversi kemunculan Fathia di 'Bigo Live' minggu lalu masih menjadi bualan hangat sehingga ke hari ini.

Klik untuk gambar besar


Walaupun Fathia sudah mengaku silap dan memohon kemaafan, masih ramai di luar sana yang memberikan komen negatif terhadap pelakon ini.

Maka dari itu, Fathia dalam sesi live terbaru beliau di Instagram sekali lagi tampil mempertahankan diri dengan berkata kemunculan beliau dalam video tersebut adalah secara tidak sengaja kerana tidak sedar sedang dirakam.

"Saya tak sedar. Kalau kita dengan kawan-kawan perempuan, kitakan buat video peribadi, yang hanya disimpan sesama sendiri. Tapi itulah, perkara dah terjadi.



"Ia antara saya dan tuhan. Sama ada saya bertaubat atau tak taubat antara saya dengan tuhan. Saya tak perlu beritahu satu dunia saya dah bertaubat atau tidak. Biarkan perkara lepas itu berlalu.

"Tetapi saya rasa dah buat keputusan yang betul dengan mengaku yang memang saya yang ada dalam video itu.

"Saya tak mahu berbohong. Saya tak mahu berbohong kerana ini realiti dunia, yang kita berbuat silap," jelasnya.

Fathia mengambil pengajaran yang dia tidak sepatutnya terus mempercayai rakannya dan memastikan tiada kamera ketika berseronok dengan kawan-kawan perempuan.



"Ia tak baik kerana video itu terkeluar dan ia menunjukkan contoh yang tidak baik kepada orang yang lebih muda dari saya.

"Tapi sebenarnya kalau kita ambil secara positif, kita boleh berseronok dengan kawan tetapi pastikan jangan terus percaya kawan kita.

"Pastikan tiada kamera dan sebagainya. Itulah yang saya pelajari dari kesilapan saya," tutur pelakon drama 'Ariana Rose' ini.



Fathia juga menganggap seperti mana orang lain menghadapi dugaan, kontroversi di 'Bigo Live' ini juga satu dugaan yang perlu dihadapnya.

Sementara itu, dalam sesi live di Instagram itu juga, ada peminat yang mempertikaikan tindakan Fathia yang hanya muncul mengenakan hoodie dan menampakkan leher tanpa bertudung penuh.

Fathia bagaimanapun tidak menjawab persoalan peminat yang bertanya mengapa dirinya bersiaran langsung dengan kepala hanya ditutup penutup jaket dan menampakkan leher.

Apapun, kita harapkan agar Fathia belajar dari kesilapannya dan kalau dengan kawan perempuan sekalipun rasanya masih ada adab perlu dijaga oleh seorang wanita berhijab.




ATAU KLIK LINK INI UNTUK TONTON VIDEO


www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara & Rotikaya


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: