22 September 2017

PELAJAR TAHFIZ TERSELAMAT - DATO' VIDA JADI ANAK ANGKAT, BAWA TUNAI UMRAH


Alhamdulillah... hasrat murni jutawan kosmetik, Dato' Seri Vida yang mahu menjadikan 18 pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah (DQI yang terselamat dalam tragedi kebakaran baru-baru ini sebagai anak angkat.





Menurut pemilik nama sebenarnya Dato' Seri Hasmiza Othman, beliau akan berbincang dengan pihak tahfiz dan mengaturkan masa untuk mengambil pelajar yang terselamat itu ke rumahnya sebelum membawa mereka keluar bercuti.

"Saya akan jadikan anak-anak tahfiz yang terselamat dalam tragedi ini sebagai anak angkat saya dan bawa mereka pergi bercuti untuk hilangkan tekanan dan trauma yang dialami mereka.

"Saya mahu hilangkan trauma dan tekanan yang dialami semua 18 anak-anak tahfiz ini dengan membawa mereka ke rumah saya dan menjadikan mereka sebagai anak angkat saya," tuturnya.

Klik untuk gambar besar


Bagaimanapun, Dato' Seri Vida juga masih belum memutuskan lokasi percutian yang akan dibawa namun satu cadangan yang beliau ingin lakukan adalah membawa anak-anak tahfiz ini menjalankan ibadah umrah dalam masa terdekat.

"Hanya mereka yang pernah terbabit dalam kejadian ini yang memahami dan saya sendiri pernah kehilangan anak saya yang terkorban dalam kebakaran dulu," jelasnya.

Pada 14 September lalu, Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah terbakar sehingga mengorbankan 21 pelajar dan dua warden dalam kejadian yang berlaku 5.15 pagi.

Kata Dato' Seri Vida, usaha itu sebagai satu daripada saham akhirat yang ingin beliau lakukan sempena tahun baru Maal Hijrah.










www.myartis.com / Sumber: Harian Metro & Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: