22 September 2017

SOAL ZURIAT - ALYAH TAK PUTUS ASA BERDOA


Selepas lima tahun mendirikan rumah tangga dengan pengarah muzik, Datuk Ramli MS, Penyanyi Datin Alyah mengakui yang dia tidak pernah berputus asa untuk terus berdoa agar memiliki zuriat sendiri.





Dalam masa sama, Alyah tidak menafikan mereka teringin untuk menimang cahaya mata seperti pasangan suami isteri lain.

"Alhamdulillah, rumah tangga kami bahagia dan semuanya berjalan lancar. Saya tidak pernah putus berdoa kepada Allah agar dikurniakan zuriat sendiri dan saya percaya Allah adalah perancang terbaik. Mungkin belum rezeki kami lagi," katanya.

Klik untuk gambar besar


Tambah Alyah, dia dan suami sering ditawarkan anak angkat namun enggan menerimanya kerana khuatir sekiranya gagal menjaga kebajikan mereka dengan baik.

"Ramai yang ingin berikan kami anak angkat tetapi saya mahu ada anak daripada darah daging sendiri. Dua anak angkat saya juga sudah besar dan tinggal di asrama.

"Saya tidak mahu menerima anak angkat buat masa sekarang kerana jadual kami sangat sibuk. Risau mereka terabai," katanya yang bakal muncul dengan single terbaharu 'Jutaan Purnama' ciptaan Hael Husaini untuk runut bunyi drama bersiri Red Velvet.












www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: