23 September 2017

BABAK CIUM FATTAH AMIN & JANNA NICK - MICHAEL ANG NAFI ADA


"Takkanlah saya sebodoh itu untuk menghasilkan babak bercium. Ini Malaysia. Semestinya saya peka dalam soal sensitiviti di negara kita. Tiada istilah bercium atau menggunakan 'camera trick' pun.





"Sebaliknya, saya hanya meminta Fattah meletakkan pipinya di sebelah kanan muka Janna. Tetapi, kedua-duanya tidak bersentuhan langsung.

"Itu saja yang saya arahkan kepada pelakon. Memang tak ada babak bercium pun," jelas pengarah kepada drama adaptasi Korea popular iaitu 'Coffee Prince', Michael Ang yang tampil menafikan perkara tersebut.

Baru-baru ini, dunia hiburan tanah air kecoh apabila sebuah video rakaman pendek melibatkan Janna Nick dan Fattah Amin seakan bercumbuan telah tersebar di laman sosial.

Klik untuk gambar besar


Kata Michael, beliau cukup memahami sensitiviti masyarakat negara ini, justeru takkan sesekali memuatkan adegan sebegitu dalam karyanya.

Tambah Micheal, video yang menampakkan kedua-dua bintang terbabit seperti melakonkan babak bercumbu tersebar luas apabila pelakon Fara Mendoza datang melawat Janna di lokasi dan berkongsikan rakaman tersebut melalui Insta Story.

"(Isu itu timbul) kerana dia (Fara) mengambil video itu dari sudut yang menampakkan Fattah dan Janna seperti bercium.



"Kalau tengok Insta Story seorang lagi pelakon, Emma Maembong, memang tak ada pun babak cium seperti yang dianggap netizen itu," katanya.

Sebelum ini, sebahagian peminat naskhah asalnya mempertikaikan pemilihan Fattah sebagai teraju utama drama terbabit, dengan mengatakan aktor popular itu tidak sesuai digandingkan dengan Janna.

Sedar atau tidak, isu ini membuatkan orang ramai mula beralih arah kepada drama ini yang bakal bersiaran nanti dan dalam masa yang sama warga laman sosial akan perlahan-lahan melupakan tentang isu tarian berahi di 'Bigo Live'.






ATAU KLIK INI UNTUK TONTON VIDEO


www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: