08 October 2017

20 GAMBAR - SUASANA MAJLIS 'BABY SHOWER' LUFYA OMAR


Bakal menimang cahaya mata perempuan pada awal November depan, penyanyi Lufya Omar, 32, yang kini hamil lapan bulan, bersama suaminya, Che Muhammad Hafiz, 27, telah mengadakan majlis 'Baby Shower' semalam.





Majlis yang diadakan di kediaman mereka itu telah dihadiri ahli keluarga, teman rapat dan rakan-rakan selebriti seperti Yatt Hamzah, Irma Hasmie, Adam Corrie dan Aliff Aziz.

Bekas peserta Akademi Fantasia musim ke-6 (AF6) ini mengakui, semakin berdebar menanti saat-saat yang paling bermakna dalam hidupnya itu.

Lufya juga turut memberitahu bahawa dia dan suaminya sudah mempunyai nama untuk diberikan kepada anak sulung mereka yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.

Klik untuk gambar besar


"Sudah tentu perasaan berdebar dan takut makin kuat, sebab itu saya buat majlis ini semoga ada aura-aura positif yang datang dan menceriakan saya.

"Semua persiapan sudah siap dilakukan, cuma tinggal belum kemas untuk barang kecemasan nanti. Insya-Allah bayi perempuan dan dijangka lahir pada awal November depan.

Sekarang saya dan bayi dalam kandungan sihat. Suamilah yang paling teruja kerana dia memang inginkan bayi perempuan. Kami juga sudah memilih nama untuk bayi itu dan akan diumum selepas dia lahir," katanya.



Dalam pada itu, ditanya tentang perancangan membuka akaun media sosial untuk bayi berkenaan seperti yang dilakukan artis lain, Lufya berkata yang dia belum terfikir untuk perkara itu.

Katanya, dia mahu bayi berkenaan membesar dalam keadaan yang sihat dan tidak terlalu didedahkan dengan perkara negatif pengaruh media sosial.

"Saya belum rasa ada keperluan untuk buka akaun media sosial untuk bayi saya. Apa yang saya ingin kongsi boleh dimuat naik di akaun media sosial saya sahaja," ujarnya.



Di samping itu, bercerita tentang kejadian jatuh pentas minggu lalu, kata Lufya, dia kini sudah berehat sepenuhnya daripada aktiviti seni.

Tambah Lufya, perkara buruk yang berlaku itu di luar jangkaan dan dia turut bersyukur tidak mengalami sebarang kecederaan.

Untuk rekod, Lufya mendirikan rumah tangga dengan Che Muhammad Hafiz pada 26 November 2016.


































www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: