07 October 2017

26 FOTO - SELAMAT BERTUNANG, ELFIRA & SUFIAN NIKAH MAC 2018


Pasangan selebriti, Elfira Loy, 23, dan Sufian Suhaimi, 25, selamat melangsungkan pertunangan kira-kira jam 4 petang semalam selepas hampir lapan bulan bercinta.





Majlis pertunangan yang diadakan di kediaman keluarga pelakon wanita berkenaan di Alam Damai, Cheras, itu menyaksikan pasangan terbabit mengenakan dua persalinan.

Majlis yang dihadiri sekitar 100 tetamu itu, Elfira menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas lima daripada pihak Sufian, sebagai simbolik ikatan pertunangan.

Keluarga kedua-dua artis berkenaan turut sepakat memilih Mac 2018 sebagai detik penyatuan mereka sebagai suami isteri.

Klik untuk gambar besar


"Bulan Mac boleh dikatakan terlalu istimewa buat saya dan Sufian. Malah, pada Mac depan juga genap setahun usia perkenalan kami. Alhamdulillah, semoga perancangan kami menuju ke gerbang perkahwinan dipermudahkan," kata Elfira.

Menurut pelakon yang turut bergelar usahawan itu, Suhaimiyang merupakan seorang penyanyi itu mula menyatakan kesungguhannya dalam hubungan mereka pada hari ulang tahun kelahiran beliau, Mac lalu.

"Pada 8 Mac lalu, ketika saya genap berusia 23 tahun, dia tunggu di depan rumah tepat jam 12 tengah malam bersama jambangan 23 kuntum bunga mawar.



"Saat itu juga dia menyatakan kesungguhannya untuk serius dengan saya. Kiranya, itulah detik rasmi kami menjalinkan hubungan dengan lebih rapat. Lebih penting, dia tidak pernah membelakangkan ibu bapa dalam perhubungan ini.

Dalam pada itu, Sufian yang popular dengan lagu 'Terakhir' berkata, kehadiran Elfira bagai melengkapkan lagi kehidupannya.

"Kami juga tidak melihat tindakan berkahwin pada usia masih muda sebagai isu besar atau sesuatu yang jarang berlaku. Apa yang lebih penting, kami sama-sama memikul tanggungjawab selepas berkahwin nanti," tutur Sufian.
















































www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: