06 October 2017

MV 'I AM ME' DATO' VIDA: NETIZEN KECEWA, ANGGAP TAK BERBALOI


Usahawan kosmetik, Dato' Seri Hajah Dr Hasmiza Othman atau Dato' Seri Vida sebelum ini memberitahu bahawa beliau telah melaburkan RM1 juta dalam muzik video singlenya yang berjudul 'I Am Me'.





Pada 4 Oktober lalu, muzik video 'I Am Me' telah dimuatnaik ke rangkaian YouTube DSV dan setakat ini sudah ditonton lebih 200,000 kali dan mendapat lebih lima ribu likes.

Dalam muzik video yang turut disertakan sari kata bahasa Melayu dan bahasa Korea, Dato' Vida dihiasi dengan kilauan emas permata dan wang ringgit dan bagi pengasas Vida Beauty Sdn Bhd ini, dia bukan mahu riak tetapi inilah yang diinginkannya dalam video muziknya.

Bagaimanapun, ada netizen meninggalkan komen yang hasilnya seolah-olah tidak berbaloi dengan kos RM 1 juta yang telah dilaburkan.

Klik untuk gambar besar


Chum Buzz11: Maaf la Dato.. saya rasa kualiti video ni amat bagus… cuma cara video ni di-shoot dan bagaimana video ni dirakam saya rasa tak berbaloi.. sepatutnya Dato kena pilih Director yg betul betul mantap. Saya tak rasa vibe international…???? sepatutnya lagu Dato akan lebih mantap dengan music video yg mantap

Teropong Ajaib: Dato kenapa lambat dah kurang fenomena i am me nyer…. agak kecewa sbb ingat ada tarian² khusus ke apa ( sbb kata nk setanding Psy,PPAP etc kan) next time dah siap semua MV baru dato release lagu… macam omputeh first day release single dh siap ada MV baru go viral and views meningkat.. bukan apa takot basi #Komenikhlas



Kejujuran Hati: Maaf la Dato. Saya kecewa Dato Gebang2 kata video dato nak lawan Taylor swift and Katy perry. Hakikatnya video Dato ni sangat sedihhhhh. Siapa camera man video ni? Sedihhhnya shoot MV ni… zoom melampau2. Orang kalau dah modal video 1 juta…buatlah ada shoot pakai Drone ke…buatlah canggih2 sikit. ini macam style 80 an jer gayanya. Saya rasa yang mahal dalam video ni props jer… content video dengan teknik2 kecanggihan yang di harapkan amatlah ………..menyedihkan. Kesian Dato pun tak pandai cari pengarah……membazir jer sejuta tu…..

Untuk makluman, video muzik asal 'I Am Me' mendapat 8.7 juta tontonan dengan lebih 68,000 likes. Ia juga mendapat reaksi dari netizen timur tengah dan Korea Selatan.

Apa-apapun, diharap video terbaru ini akan mencipta fenomena memandangkan lagunya catchy dan infectious.






MUZIK VIDEO 'I AM ME' - DSV


ATAU LINK INI UNTUK TONTON VIDEO


www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara & MV 'I Am ME'


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: