06 October 2017

IMPIAN TERCAPAI - FAZLEY YAACOB TIMANG ANAK PEREMPUAN


Impian juara MasterChef Selebriti Malaysia musim pertama, Datuk Fazley Yaakob, 39, yang ingin kehadiran anak perempuan setelah mempunyai tiga cahaya mata lelaki, akhirnya tertunai jua.





Berita gembira tersebut telah dikongsikan oleh Fazley menerusi laman Instagramnya semalam. Bagaimanapun, Fazley tidak menyatakan tarikh dan lokasi si kecil terbabit dilahirkan.

"Alhamdulilah.. anak ke-4 saya, seorang Puteri akhirnya. Syukur syukur syukur! 😭 Terima kasih semua yang mendoakan! Allahuakhbar Allahuakhbar Allahuakbar cc Happy Mama @azrene_ahmad," ujar Fazley.

Sebelum ini zuriat keempat, Fazley dan isterinya, Azrene Ahmad yang mendirikan rumah tangga pada tahun 2007, dikurniakan tiga orang hero iaitu Ahmad Fariedz Shah, 9, Ahmad Fieradz Shah, 8 dan Ahmad Fierudz Shah, 6.

Klik untuk gambar besar











www.myartis.com / Sumber: Fazley Yaacob IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: