06 October 2017

RISAU KERJAYA TERTANGGUH - JALALUDDIN HASSAN MINTA REHAT DI RUMAH


"Jujurnya dekat hospital tidak boleh berehat pun kerana ramai orang datang melawat, kalau di rumah selesa sikit.





"Saya sendiri minta doktor untuk pulang dan mereka benarkan tetapi dengan syarat saya perlu berehat dan kembali ke hospital untuk rawatan susulan," kata pelakon terkenal Datuk Jalaluddin Hassan yang dibenarkan keluar hospital pada petang Rabu lalu.

Selepas tiga hari dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat sesak nafas pada Isnin lalu, Jalaluddin memberitahu dia mula berasa risau tentang kerjanya yang masih tertangguh.

Atas alasan itu juga, pelakon yang berusia 63 tahun meminta kebenaran doktor untuk berehat di rumah.

"Sebenarnya bimbang juga sebab saya bakal terlibat dalam sebuah pementasan teater dan latihan pun masih belum dilakukan," ujarnya.

Klik untuk gambar besar


Terdahulu, Jalaluddin dikejarkan ke HKL selepas mengalami sesak nafas sejurus selepas menjadi tetamu program bual bicara Assalamualaikum di stesen TV Alhijrah, Kompleks Pusat Islam Kuala Lumpur.

Ketika berada di hospital, Jalaluddin berkata yang beliau menerima kunjungan daripada wakil Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dan presidennya, Zed Zaidi.

Dalam pada itu, kata Jalaluddin, dia tidak akan menarik diri daripada pementasan teater Bahara Emas terbitan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang bakal dipentaskan pada 19 hingga 22 Oktober ini.

Tambah Jalaluddin, walaupun diberikan cuti sakit selama 10 hari namun dia enggan berehat terlalu lama kerana bimbang perjalanan produksi teater itu akan terganggu.



"Alhamdulillah kesihatan saya semakin pulih dan kalau duduk lama-lama di rumah pun mungkin saya rasa bosan dan hilang semangat.

"Tambahan pula saya bakal muncul dengan pementasan teater Bahara Emas dan setakat ini latihan pun belum sempat dilakukan.

"Saya tidak mahu menarik diri kerana bimbang akan menggangu perjalanan produksi tetapi akan minta mereka menyesuaikan kembali jadual kerana saya masih perlu membuat rawatan susulan di hospital," tuturnya.

Selain 'Bahtera Emas' yang bakal dipentaskan di Dewan Bahasa Pustaka (DBP) Kuala Lumpur, Jalaluddin juga terlibat dengan drama bersiri 'Syurga Yang Kedua' sebanyak 70 episod.


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: