06 October 2017

BEKAS SUAMI: "TIDAK RUJUK, KAMI BERDAMAI" - FASHA SANDHA


Semalam di Mahkamah Tinggi Syariah, pelakon Fasha Sandha, 33, dan bekas suaminya, Rizal Ashram Ramli (Jejai) memilih jalan damai apabila menyelesaikan dua kes mahkamah melibatkan mereka secara baik.





Dalam pada itu, Fasha turut menarik balik perintah injuksi yang difailkan terhadap Jejai bagi menghalangnya daripada menggangu aktres itu pada Mac lalu.

Pelakon drama 'Lara Aishah' itu juga menarik balik kes berhubung pemegang amanah sebuah kediaman di Ampang, Selangor apabila Jejai didakwa gagal melaksanakan perintah itu dengan tidak menandatangani surat ikatan pemegang amanah seperti dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

Manakala Jejai pula, beliau menarik balik kes komital berhubung hak lawatan kedua-dua anak mereka dan juga beberapa kenyataan yang dikeluarkan Fasha berkaitan keluarga kepada umum di media sosial.

Mereka juga bersetuju untuk mematuhi semua perintah asal mahkamah yang dipersetujui selepas bercerai pada 20 Januari tahun lalu. Kesemua penyelesaian itu direkodkan oleh mahkamah.

Klik untuk gambar besar


Fasha menerusi laman Instagram telah tampil menjelaskan situasi sebenar antara beliau dan bekas suaminyaselepas mengeluarkan kenyataan yang membuatkan ramai tertanya-tanya.

"Assalamualaikum, buat followers kesayangan. Saya mendapat beribu komen positif melalui semua laman sosial media saya hari ini berkenaan saya dan Rizal. Ingin saya nyatakan disini, saya dan Rizal tidak RUJUK.

"Kami berdamai dan mendapat penyelesaian secara baik terhadap kesemua kes-kes termasuk Hak penjagaan. Saya sebagai Ibu masih kekal menerima hak penjagaan sepenuhnya buat kedua anak-anak saya. Saya harap perkara ini jelas.

"Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih diatas doa yang baik-baik buat saya dan anak-anak," jelas Fasha di Instagram selain turut berterima kepada peguamnya yang telah banyak membantunya.



Untuk makluman, Fasha dan Jejai berkahwin pada 27 April 2012 sebelum bercerai pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 3 dan Putri Raysha Jemyma yang berusia 2 tahun.

Tiada apa yang lebih baik daripada dapat melihat sendiri bagaimana rumahtangga yang dibina oleh pelakon Fasha Sandha dan Rizal Ashram Ramli (Jejai) kembali bersatu.

Semoga hubungan Fasha dan Jejai selepas ini akan kekal bahagia tanpa sebarang tercetusnya perbalahan, tidak kisahlah sama ada ia sengaja dibangkitkan oleh pihak ketiga mahu pun pihak lain.

Pastinya keputusan pasangan ini akan turut menjadi contoh buat pasangan di luar sana yang turut melalui perkara yang sama.














www.myartis.com / Sumber: mStar, Fasha Sandha IG & Jejai IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: