Atas dakwaan menyeludup dadah jenis syabu seberat 4.5 gram ke Indonesia, pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy, 38, berhadapan kemungkinan dihukum penjara 14 tahun.

Memetik laporan The Jakarta Post, pihak pendakwaan di Mahkamah Daerah Medan pada Rabu memohon hukuman berkenaan dijatuhkan ke atas Benjy kerana melanggar Undang-Undang Narkotik 209 negara itu.
Selain itu, pihak pendakwaan juga memohon supaya Benjy membayar denda Rp800 juta (RM250,944) atas kesalahan itu.
Pelakon berkenaan ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu, Medan, pada 18 April lalu bersama dadah yang dilaporkan disembunyikan pada bahagian duburnya.
Beliau ditahan kerana gerak gerinya kelihatan mencurigakan, malah motif kedatangannya ke Indonesia juga diragui.
Klik untuk gambar besar

www.myartis.com / Sumber: Beriat Harian & The Jakarta Post
________________________

No comments:
Post a Comment