05 October 2017

ISU VIDEO CIUM: "FARA TAK SENGAJA, JANGAN SALAHKAN DIA" - JANNA NICK


Selepas kontroversi adegan bercium dengan aktor Fattah Amin menjadi kontroversi apabila dimuatnaik di laman sosial oleh pelakon Fara Mendoza, aktres Janna Nick, 22, tidak menyalahkan rakan baiknya itu.





Dalam masa sama, Janna turut menolak dakwaan Fara mempunyai niat jahat atau cuba mencipta kontroversi bagi meraih publisiti.

"Saya tak salahkan Farah kerana dia tidak sengaja pun, kami semua tahu dia muat naik video itu di laman sosial.

"Tapi tiada seorang pun tegur atau minta dia padam kerana dia tidak tahu boleh jadi kontroversi seperti itu. Dia sudah minta maaf dengan saya dan rasa bersalah dengan tindakan itu," ujarnya.

Janna diminta mengulas adegan aksi bercium dengan Fattah dalam drama adaptasi Korea, 'Coffee Prince' yang tersebar di media sosial dua minggu lalu mengundang perbalahan dalam kalangan peminat.

Klik untuk gambar besar


Sementara itu, ditanya tentang hubungannya dengan pelakon berkenaan, Janna berkata, dia masih berkawan baik dengan wanita tersebut.

Katanya, Farah seorang kawan yang baik dan mempunyai sisi lain yang orang ramai tidak tahu.

"Jangan nilai orang daripada luaran, begitulah kita tidak boleh melihat dia daripada luaran sahaja. Sebenarnya kita tidak tahu dia bagaimana.

"Pada saya ada sifat dia yang baik yang mana orang rapat sahaja yang tahu. Saya pula bukan jenis yang suka memilih kawan," katanya.



Sementara itu, mengulas kontroversi tersebut, Janna berkata, ia bukanlah perkara yang besar dan memalukan.

Katanya, adegan tersebut tidak bersentuhan dan ia juga dibuat bukan untuk menimbulkan rasa cinta atau romantik.

"Banyak lagi adegan di drama lain yang lebih terus seperti babak peluk-peluk yang memang tahu bersentuhan. Adegan ini tidak bersentuhan dan jarak kami 10 sentimeter.

"Sebagai pelakon saya sendiri sudah matang menentukan apa yang patut atau tidak. Kalau saya rasa ia betul-betul salah saya sendiri akan menolak untuk lakukannya," tuturnya.

'Coffee Prince' arahan Michael Ang dijangka ditayangkan di Astro Ria pada November. Ia turut menampilkan barisan pelakon seperti Diana Danielle, Fahrin Ahmad, Sharifah Sakinah dan Sharifah Shahira.


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: